Terry Fox
Terry Fox

Terry Fox

Terrance Stanley "Terry" Fox, CC, OD (28 Julai 1958 – 28 Jun 1981) ialah seorang olahragawan dan pejuang kemanusiaan berbangsa Kanada. Pada tahun 1980, setelah kudung sebelah kaki, beliau melakukan larian rentas Kanada untuk mengumpul dana sambil memupuk kesedaran untuk penyelidikan barah. Walaupun terpaksa menghentikan perjuangannya akibat merebaknya barah dalam badannya selepas berlari selama 143 hari dan 5,373 kilometer (3,339 mi), kemudian mati akibat penyakit tersebut, namun usaha beliau membuahkan kesan peninggalan yang berkekalan di seluruh dunia. Larian Terry Fox tahunan yang julung kali diadakan pada tahun 1981, telah berkembang sehingga melibatkan berjuta-juta peserta di lebih 60 negara, dan kini merupakan acara kumpul dana sehari untuk penyelidikan barah yang terbesar di dunia; lebih C$500 telah dikumpul atas namanya.

Rujukan

WikiPedia: Terry Fox http://public.sd43.bc.ca/secondary/terryfox/about_... http://www.brantfordexpositor.ca/ArticleDisplay.as... http://www.canadianencyclopedia.ca/index.cfm?PgNm=... http://archives.cbc.ca/IDD-1-74-1649/people/terryf... http://www.cbc.ca/canada/story/1999/09/19/foxrun99... http://www.cbc.ca/canada/story/2005/09/17/Fox_2520... http://www.cbc.ca/greatest/ http://www.cbc.ca/greatest/top_ten/nominee/fox-ter... http://www.cbc.ca/news/background/fox_terry/ http://www.csse.ca/CJE/KMS/Nov8Jubas.pdf